MUZAKARAH MUTAWWIF
ANJURAN
TIRAM TRAVEL WILAYAH UTARA
&
AKADEMI MUTAWWIF SDN BHD
1.0
PENGENALAN
Muzakarah Mutawwif adalah satu perhimpunan formal
bertujuan mengumpulkan para mutawwif yang berpengalaman dan juga yang masih
dalam proses pengiktirafan untuk bertemu dan berkongsi maklumat dan pengalaman.
Melalui muzakarah ini, para peserta dapat bertemu, bertukar maklumat, berkongsi
masalah, berbincang dan merungkai pelbagai permasalahan ke arah meningkatkan
lagi kualiti khidmat sebagai seorang mutawwif.
Selain itu,
muzakarah juga berperanan sebagai jaringan hubungan ukhuwah yang lebih
luas di kalangan mutawwif untuk memantapkan khidmat mereka kepada masyarakat
dari semasa ke semasa. Ia juga sebagai langkah memartabatkan profesionalisme
mutawwif bersesuaian dengan objektif penubuhannnya
Alhamdulillah, sambutan peserta yang hadir di dalam
Program Muzakarah Mutawwif tahun lalu adalah menggalakan.
2.0
OBJEKTIF PENGANJURAN
i. Memberi
maklumat terkini kepada para mutawwif.
ii. Membincangkan permasalahan yang
dikemukakan oleh mutawwif.
iii. Menambah ilmu melalui muzakarah.
iv. Menjawab isu-isu terkini berkaitan
hukum-hakam ibadah Umrah/Haji
3.0
PERANCANGAN PROGRAM
3.1 Jangkamasa / Tarikh
1 Hari / 23 Nov 2013 (Sabtu)
3.2
Sasaran Peserta
Sasaran peserta adalah seramai 150 orang
terdiri daripada :
- Mutawwif
dan Mutawwifah
- Guru
Agama / Pembimbing Tabung Haji
- Syarikat-syarikat
pelancongan Umrah & Haji
- Individu
yang ingin mendalami ilmu Umrah & Haji
3.3 Tempat
Adalah dicadangkan program ini diadakan di
tempat berikut :
Nuriz Palace Hotel
66 Lengkok Cempaka 1
Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani,
Kedah, Malaysia
+60 4-448 5555
3.4 Yuran Penyertaan
RM120.00
boleh buat bayaran di atas salah satu
bank di bawah sila emailkan slip bayaran
Bank Islam (0202 0020 7407 97)
CIMB (0109 0091 8975 27)
May Bank (1512 4992 3098)
|
CADANGAN ATURCARA
PROGRAM MUZAKARAH
MUTAWWIF
ANJURAN
TIRAM TRAVEL WILAYAH UTARA
23 Nov 2013 (SABTU)
8.00 – 8.30 pagi :
Pendaftaran peserta dan minum pagi
8.45 pagi : Ucapan Aluan pengacara majlis
-
Tazkirah / Renungan Pagi
Ustaz Najib Bin Abdul Hamid
9.30 – 12.30 tgh : Sesi 1
Hukum
hakam & Permasalahan Ibadat Umrah
Ustaz Ismail Bin Mat Ali
Pengurus
Akademi Mutawwif Sdn Bdh
(Johor Corporation / Waqaf An-Nur
Corporation)
12.30 – 2.00 ptg : Jamuan
Tengahari / Solat Zuhur
2.00 – 3.00 ptg : Sesi 2
Etika Seorang Mutawwif & Mutawwifah
Hj. Azhar Bin Omar
3.00 – 4.00 ptg : Sesi 3
Pengurusan Mutawwif & Mutawwifah
Hj. Zakaria Bin. Hj. Abdullah
4.00 – 4.30 ptg : Minum
Petang / Solat Asar
4.30 – 6.00 ptg : Sesi 4
Perkongsian Pengalaman Muatwwif/Mutawwifah
Imam Akib Hj.
Abdullah
Hjh. Muzayyanah Bt.
Abdullah
Hjh. Zai Zakiah
6.00 ptg :
Bersurai
4.0 KESIMPULAN
Penganjuran Program Muzakarah Mutawwif ini diharapkan
dapat memberikan kefahaman yang jelas terhadap isu-isu dan kemusykilan
berkaitan pengurusan Haji dan ibadah umrah, hukum hakam dan maklumat terkini
yang berkaitan kepada semua Mutawwif dan
para peserta yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sebagai
mutawwif dalam menyampaikan ilmu dan kursus-kursus berkaitan haji dan umrah.